Tuesday, July 26, 2011

9 Ciri – Ciri Wanita Idaman Lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

copy paste from akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki

Thursday, July 21, 2011

Rukun perjalanan menuju Allah, melalui ilmu dan zikir

Rukun perjalanan menuju Allah, melalui ilmu dan zikir
Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun
Almarhum Dr Sa’id Hawa menjelaskan bahawa perjalanan menuju Allah mempunyai dua rukun, iaitu ilmu dan zikir. Tanpa keduanya, tidak ada perjalanan menuju Allah SWT.
Ilmu adalah yang menerangi jalan dan zikir adalah bekal perjalanan dan keperluan pendakian. Kita berhajat kepada ilmu untuk mengenali segala perintah, petunjuk, bimbingan dan peringatan Allah SWT dan mengenali hikmatnya agar kita dapat melaksanakan segala perintah tersebut serta mencapai hikmatnya, manakala kita berhajat kepada zikir agar Allah SWT bersama kita dalam perjalanan kita menuju kepadaNya.
Rukun pertama: Ilmu
Bukanlah menjadi satu keraguan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ilmu ialah ilmu tentang al-Qur’an dan al Sunnah serta ilmu tentang segala yang diperlukan oleh Salik dalam perjalanannya menuju Allah SWT. Sekurang-kurangnya setiap salik mestilah melengkapkan dirinya dengan kesemua ilmu fardu ‘ain, iaitu ilmu yang setiap muslim dituntut mempelajarinya.
Setiap muslim wajib mengetahui segala perbuatan yang wajib dilakukannya, agar ia tidak meninggalkannya; dan juga perbuatan yang haram dilakukannya, agar ia terhindar daripada melakukannya. Setiap perbuatan yang wajib dilakukan, maka mempelajari ilmunya juga menjadi wajib, Ini adalah kerana tanpa ilmu tentang sesuatu, maka seseorang tidak mungkin dapat melakukan sesuatu itu dengan betul, sesuai dengan kehendak syariat.
Imam Ghazali mengingatkan kita di dalam kitabnya Ihya Ulum Al-Din, bahawa di antara ilmu yang wajib dipelajari ialah ilmu mengenai jalan menuju ke akhirat. Apa yang dimaksud ilmu menuju jalan ke akhirat ialah ilmu cara membersihkan hati atau jiwa daripada sifat-sifat yang keji, yang tercela, yang dianggap sebagai kotoran yang menjadi penghalang daripada mengenali Allah SWT dan daripada mengenali sifat-sifat dan af’al atau perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada jalan untuk ke sana melainkan dengan latihan, ilmu dan pengajaran.
Ilmu tersebut terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama: Ilmu zahir, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan anggota badan, dan ia terbahagi kepada adat dan ibadat.
Kedua: ilmu batin, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan hati atau jiwa, atau ilmu tentang sifat-sifat yang ada di dalam hati atau jiwa, yang juga terbahagi kepada yang terpuji dan tercela.
Sifat-sifat yang terpuji di dalam hati adalah seperti: sabar, syukur, takut, harap, redha, zuhud, taqwa, qana’ah (menerima dan berpuas hati dengan yang ada atau dengan apa yang Allah berikan), murah hati, ihsan, baik sangka, baik budi,baik pergaulan, jujur, ikhlas dan sebagainya, yang merupakan sumber atau punca daripada segala perbuatan taat dan ibadat kepada Allah SWT.
Adapun yang tercela daripadanya adalah seperti; dengki, dendam, busuk hati, penipu, gila pangkat, gila harta, gila kuasa, gila pengaruh, suka dipuji, sombong, riya’, keras kepala, pemarah, benci, tamak kedekut, kufur ni’mat, mengagungkan orang kaya, bangga, ujub, nifaq (hipocracy),cintakan dunia, cinta harta, gopoh,lalai dan sebagainya, yang merupakan sumber atau punca daripada segala perbuatan ma’siat dan lain-lain perbuatan buruk atau keji, yang dilarang.
Ilmu tentang batasan segala sifat-sifat ini, sama ada yang terpuji ataupun yang tercela, hakikat, sebab-sebab, hasil atau natijahnya, cara memupuk, menanam, atau cara mengubati, membuang atau mengikis daripada sifat-sifat tercela, kesemuanya itu merupakan ilmu jalan akhirat; dan Imam Ghazali mengatakan bahawa ia merupakan ilmu fardu ain, mengikut fatwa ulama akhirat.
Rukun kedua: Zikir
Adapun yang dimaksudkan dengan zikir ialah zikir yang diwariskan atau dianjurkan, yang termasuk di dalam perintah Allah SWT dan RasulNya SAW.
Imam Nawawi di dalam kitabnya, Al-Adzkaar, telah menjelaskan pengertian zikir sebagai berikut:
“Ketahuilah bahawa fadilat zikir tidak terhad pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya, tetapi setiap orang yang beramal kerana Allah Taala dengan ketaatan, maka ia termasuk orang yang berzikir kerana Allah Taala. Begitulah yang dikatakan oleh Sa’id Bin Jubair r.a. dan lain-lain ulama”.
‘Ata’ berkata: “Majlis-majlis zikir adalah majlis-majlis yang membincangkan masalah halal, haram, bagaimana anda membeli, menjual, solat, berpuasa, berkahwin, mentalak, haji dan yang seumpamanya”.
Beliau juga telah membawakan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang lelaki membangunkan isterinya pada waktu malam, kemudian keduanya solat dua rakaat, maka keduanya ditulis dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah”.
Maka kedua rukun berjalan menuju Allah menurut Sa’id Hawa adalah ilmu dan zikir; dan tidak akan ada perjalanan melainkan dengan keduanya.
Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa para salik yang menempuh jalan menuju Allah itu terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama lebih banyak melibatkan diri mereka kepada Allah SWT disamping tidak melalaikan tanggungjawab mereka dalam menuntut ilmu agama sebagaimana yang dituntut oleh syara’.
Manakala golongan yang kedua pula mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dengan bertungkus-lumus mendalami ilmu agama disamping tidak mengabaikan keperluan untuk berzikir. Akhirnya, mereka semua (insya Allah) akan sampai ke satu arah tuju yang sama iaitu mencapai keredhaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.
Beliau menjelaskan bahawa pembahagian tersebut adalah disebabkan kerana adanya perbezaan pada kecenderungan atau minat dan kemampuan atau kesanggupan manusia itu sendiri. Segolongan manusia, kecenderungan atau minatnya kepada ilmu lebih besar dan juga kemampuannya untuk mencapai ilmu tersebut ada, dan segolongan lainnya kemampuannya untuk mencapai ilmu terhad dan kesanggupannya untuk beribadat, beramal dan berzikir adalah besar.
Jalan yang sesuai bagi golongan yang pertama adalah ilmu, tetapi mesti juga disertai dengan zikir; dan jalan yang sesuai bagi golongan yang kedua adalah memperbanyak zikir, tetapi mesti juga disertai dengan ilmu.
Daripada huraian tersebut, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa setiap manusia yang berjalan menuju Allah atau mencari keredhaan dan keampunan Allah, yang dengannya dicapai kebahagiaan akhirat dan terhindar daripada seksaan neraka, mestilah berusaha, selain mengisi masanya dengan melaksanakan tugas peribadatan yang telah ditetapkan, seperti solat lima waktu, puasa ramadan dan lain-lainnya, juga dengan kegiatan menuntut ilmu dan berzikir.
Ia mesti menjadikan kegiatan menuntut ilmu dan berzikir ini sebagai agenda hariannya yang berterusan sepanjang hayat, kerana kedua-duanya merupakan ibadat yang sangat tinggi nilainya. Setiap salik mestilah berusaha menghindarkan diri daripada membazirkan masanya dengan sebarang perbuatan yang tidak ada manfaatnya seperti melepak di kedai-kedai kopi, berbual kosong dan kerja-kerja yang seumpamanya.
Di dalam sesuatu hadis, ada dinyatakan bahwa tanggung jawab pertama yang akan disoal ke atas setiap insan ialah tentang umurnya: di mana ia telah menghabiskannya? Di dalam surah al-’Asr Allah SWT telah menyatakan dengan bersumpah: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan (mengisi masanya dengan)beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.
Setiap salik mesti menentukan masa yang tetap setiap hari untuk menuntut ilmu dan berzikir: menetapkan masa tertentu untuk membaca al-Qur’an dan memahami maknanya. Mereka boleh merancang untuk mengkhatamkan Al-Qur’an setiap seminggu sekali, dua minggu sekali, sebulan sekali atau lain-lainnya, mengikut kemampuan dan kesanggupan masing-masing. Perkara yang penting di sini ialah mereka menetapkan agenda yang tetap dan berterusan sepanjang hayat.
Membaca Al-Qur’an adalah ibadat dan zikir, dan memahami kandungannya adalah ilmu yang paling tinggi nilainya.
Selain mempelajari Al-Qur’an, mereka juga mesti berusaha mempelajari ilmu-ilmu syari’at lainnya dengan membaca kitab-kitab agama, menghadiri kelas-kelas agama, ceramah-ceramah agama, atau mempelajari agama daripada guru-guru agama yang memberi bimbingan secara langsung kepada para pelajar atau murid-muridnya.
Menuntut ilmu dalam Islam merupakan ibadat yang dituntut dan tinggi nilainya. Ibnu ‘Abd al-Bar telah meriwayatkan daripada Abu Dzarrin al-Ghiffari r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Bahawa anda keluar di waktu pagi untuk mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada anda solat seratus rakaat”.
Kita mesti menetapkan agenda harian yang tetap, dengan memperuntukkan masa tertentu yang mencukupi untuk menuntut ilmu serta membaca kitab-kitab ilmiyah. Di dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Agama adalah ilmu kerana ia berdiri di atas asas pemikiran, penyelidikan, menolak taklid buta dan bersandar kepada pembuktian yang meyaqinkan, bukan kepada sangkaan dan mengikuti hawa nafsu.
Begitu juga ilmu dalam Islam, ianya adalah agama, kerana menuntutnya adalah diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimah sama ada sebagai fardu’ain atau fardu kifayah, dan bergiat dalam bidang ilmu yang bermanfaat, sama ada manfaat duniawi atau ukhrawi, dianggap sebagai ibadat dan jihad di jalan Allah.
Adapun zikir, maka ia merupakan amalan yang berterusan kerana, selain ia merupakan amalan tersendiri, ia juga boleh masuk ke dalam atau ke celah-celah amalan-amalan lain dan boleh mengisi setiap masa yang terluang dari sejak kita bangun dari tidur sehinggalah kita naik semula ke katil untuk tidur.
Perbekalan Rabbani Dalam Perjalanan: Taqwa, Muhsabah Diri dan Taubat.
Di dalam perjalanan yang panjang merentasi kehidupan di alam dunia, mencari keredhaan Allah SWT, supaya dapat memasuki alam barzakh dan alam akhirat dengan selamat, Rabbani berhajat kepada perbekalan, dan tidak ada perbekalan yang lebih baik daripada ketaqwaan. Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah:197:
“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa (ketaqwaan); dan bertaqwalah kepadaku wahai orang-orang yang berakal”.
Di dalam bab ini, saya ingin membicarakan tentang perbekalan yang mesti ada pada setiap rabbani dalam perjalanannya menuju Allah al-Rabb al-Jalil, sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT, iaitu taqwa atau ketaqwaan dan yang merupakan cawangan daripadanya, iaitu muhasabah diri dan taubat.
wallahua’lam

copy paste from ustazazhar.net/v01/

Tuesday, July 19, 2011

Bila kita bergaul dengan orang alim...

dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dengan menumpang kereta abang saya, kitorang banyak berborak dan berbual bermacam-macam topik...yela...dekat 6 jam perjalanan...kitorang bincang mengenai isu semasa dan permasalahan2 yg timbul dalam masyarakat....tak lupa juga bincang mengenai hal2 keluarga kitorang...sambil borak2, satu demi satu topik kitorang bincangkan sampaila...

"taifur dah malas dah la nak nasihat lagi kat dia tu...berbuih-buih dah mulut ni cakap tapi dia macam tu jugak...tak reti-reti nak amek pengajaran dan berubah...kita cakap benda yg betul dan elok pun dia taknak ikut...buat sakit hati je cakap ngan orang camtu...baik duduk diam senang cite..." ngomel saya..

"haa...taifur kena berhati-hati dengan percakapan taifur tu...kalau silap gaya, boleh terpesong akidah..." tegur abang saya...

"haaa...!!! kenapa pulak camtu...?" saya mula naik cuak...

"yela...dari gaya percakapan taifur tu, seolah-olah taifur anggap kalau perkara yg taifur cakap tu betul dan elok, tidak dapat tidak orang tu mesti berubah dengan asbab isi kandungan percakapan taifur yg betul, benar dan elok tu...sedangkan hidayah tu ada pada ALLAH, bukan ada pada taifur...jadi, taifur tiada hak untuk rasa marah atau sakit hati jika seseorang taknak berubah walaupun sudah puas taifur menasihatinya kerana seseorang tu hanya akan berubah dengan IZIN ALLAH, bukan kerana nasihat taifur ataupun atas kehendak taifur...itu kena jelas..." terang abang saya...

"ye tak ye jugak kan..." seolah-olah saya baru tersedar dari mimpi...walaupun perkara tu saya dah tahu dah, tapi kelihatannya seperti baru sekarang saya nak amalkan apa yg saya tahu tu...astaghfirullahala'zim...

jadi selepas ini, apa yang saya kena fikirkan bukanlah samada orang tu berubah ataupun tidak, tapi samada saya sudah nasihat ataupun tidak...itulah tugas dan juga peranan kita sebagai hamba ALLAH dan juga pembela agamaNYA...

***********************************************************************************

saya melawat kawan karib saya yg belajar di UIA gombak...apabila masuk bilik dia, saya lepak atas katil dia untuk menghilangkan lelah saya...sambil2 tu, kitorang pun duk borak2...tengah duk borak2 tu, saya terpandangkan kasut baru dia yg diletakkan di bawah mejanya...saya pun ambil kasut tu sebab nak tatap dengan lebih dekat lagi....

"paih, cantikla kasut ko...ni mesti mahal ni kan...? berapa harga kau beli ni..?" tanya saya dengan penuh perasaan ingin tahu...

"agak-agak ko, berapa harga dia...?" tanya balik kawan saya...

"isshhh...kasut cantik macam ni, paling2 koman pun mau seratus lebih ni....betul tak...?" teka saya...

"isshhh ko ni taifur...ORANG TAK BELI BARANG MAHAL-MAHAL LETAK KAT KAKI....aku beli rm60 je..." jawab kawan saya dengan lembut dan sempoinya...

saya yang dengar tu hanya diam tak terkata...speechless..."betul jugak cakap dia tu...rasa macam bodoh je kalau beli benda mahal2, tp last2 letak kat kaki aku je..." gerutu saya...

jadi lepas ni, boleh jadi motivation untuk saya supaya bersikap zuhud at least for the things yg nk dipakaikan kat kaki...beli kasut yg biasa2 sudah la eh...:)

***********************************************************************************


sambil berjalan2 ngn roomate saya nak pegi kedai makan, saya borak kosong ngan dia...sampaila tiba2 masuk part lain...

"ko kenal tak fulanah binti fulan nih....? cantik jugak tuan dia kan...?" soal saya dengan berjenaka dengan niat nak stimulate mood kawan saya supaya borak pasal pompuan...

"ko nih takde keje lain ke...asik2 duk cakap pasal pompuan je..." tegur kawan saya...

"alaa faez, rilek r...aku bukan serius pun cakap tu...saje je nk gurau2 ngan ko...hehe.." balas saya...

"setiap percakapan itu lahir dari hati...dan mulut hanya akan bercakap apa yang terlintas di hati..." sindir kawan saya...

gedebussshhh..!!! amek ko taifur....saya diam membisu sambil merenung dalam2 kata2 dia...tajam betul teguran dia...tapi nak tak nak, saya kena terima kebenaran apa yang dia katakan tu...memang betul...usahlah berdalih dengan mengatakan kita hanya bergurau, kerana disebabkan hati kita dipenuhi dengan lintasan2 nafsu lah yang menyebabkan kita bercakap perkara2 yang tak sepatutnya kita cakap...

jadi selepas ini, saya berusaha nak reset balik apa yang sepatutnya yang terlintas di hati saya...saya kena berusaha untuk memenuhinya dengan benda2 yang bermanfaat dan berfaedah moga2 apa yg saya cakapkan nanti juga turut memberi faedah dan manfaat kepada jiwa2 yang mendengar....

wallahua'lam...

Sunday, July 17, 2011

pemergian....

sedihnya bila dapat berita mengenai kematian ahli parlimen titiwangsa dr lo'lo'...ALLAH telah mengambilnya dalam keadaan dia berjuang untuk menegakkan agamaNYA...ya ALLAH, moga2 KAU gantikanlah dia dengan pejuang islam yang lebih berani dan dihormati semua lapisan masyarakat dan KAU cucurilah rahmat atas rohnya dan tempatkan dia bersama roh-roh para nabi, orang-orang siddiqin, syuhada, dan orang-orang soleh...ameen ya rabbal a'alamin....

Monday, July 11, 2011

Baru tahu...

"taifur, lari...!!! jgn masuk dalam asap tuu....!!!" jerit kawan saya yg membuatkan saya tersentak daripada menikmati pemandangan melihat tembakan demi tembakan gas pemedih mata yg dilepaskan oleh polis...saya pun tanpa cakap banyak terus lari ikut kawan saya...asap masa tu dah merebak ke semua ruang...nak tak nak kitorang kena redah jugak asap tu...ni gara2 saya punya pasal jugak la sebab taknak lari awal2 masa asap belum banyak lagi...masa kitorang tengah redah asap tu, mata mula dah berair...tak kisah lagi sebab saya dah expect pun macam tu sebab nama pun gas pemedih mata...tapi yang unexpectednye, bila tgh2 lari tu dan terhidu je asap tu, tiba-tiba sistem pernafasan saya macam kene block...tak cukup nafas saya dibuatnya...macam tengah lemas dalam air yang dalam....saya paksa hidung saya cuba sedut udara lagi, but things get worse sebab saya hidu lebih banyak asap lagi yg membuatkan lagi teruk pernafasan saya kene block...lepas tu ape lagi, badan saya pun respon la dengan terbatuk terbahak-bahak macam orang kena asma...time 2 tgh lari lagi cuba lari sejauh yang boleh drpd asap tu....masa tgh lari tu, hanya perkataan mati je yang bermain di fikiran...bayangkan la, dah la lari, tanpa bernafas pulak tu....mana tak separuh mati dibuatnya....masa tu tak fikir apa dah, hanya lari sekuat mungkin dengan nafas yang terhad....yang kesiannya, saya tengok kat belakang saya tu ade 2 org muslimat tgh lari jugak nak menyelamatkan diri...saya boleh berdoa je la harap2 diorang cukup nafas untuk lari sampai ke hujung jalan yang takda asap...takboleh wat apa dah...diorang tu perempuan, setakat mana la kudrat yang ada, lari pun tak sekencang mana, kene pulak gas pemedih mata, memang betul2 rahmat la bagi diorang kalau tak jatuh pengsan sebab tak cukup nafas...alhamdulillah, diorang selamat jugak akhirnya...

dulu bila tengok gas pemedih mata, apela yg diorang ni takut sangat...tapi bila dah terkena kat diri sendiri, barula saya tahu betapa bahayanya gas pemedih mata ni...kalau saya ni ada penyakit asma, nampak gayanya hantu jelmaan saya la yang tulis post ni...memang komfem arwah punya saya...itula pengalaman kali pertama saya join perhimpunan demonstrasi dan pengalaman kali pertama jugak kena tear gas....mujur water cannon tak kena...abang saya kata, kalau kena tu jadi habis gatal satu badan sebab air tu bukan air biasa tapi chemical water...dan pengalaman pertama jugak bagi abg saya berjalan-jalan dengan menaiki kereta polis sebab kene tangkap kerana pakai baju unit amal....:)

tapi saya nak bagi pendapat saya la mengenai perhimpunan demonstrasi nih...saya rasa lebih wajar dan elok kalau sekiranya perhimpunan ni hanya dihadiri oleh muslimin saja...bukan apa, muslimat tempat mereka sepatutunya di rumah...tidak manis sekiranya mereka turut berarak bersesak-sesak dengan orang lelaki yang bukan mahram...iye, tujuan mereka betul, tapi caranya kurang betul....lainla memang betul2 dipisahkan peserta demonstrasi antara lelaki dan perempuan...tapi keadannya bukan sedemikian...tambahan pula, diorang ni lemah...kalau terkena seperti kejadian seperti yg saya ceritakan kat atas, dan jatuh pengsan, bukankah itu akan menimbulkan kesulitan....? kalau terlalu bersemangat sangat nak menyumbang, at most, buat kerja belakang tabir sudah la...ini sampai ada muslimat yang menjerit-jerit melaungkan slogan demonstrasi, macam mana ni...suara awak bukan aurat, tapi bila dah menjerit melalak, jadi aurat la cik adik kakak oi....sebab tu perempuan haram jadi muazzin...analoginya mudah....islam teramat muliakan wanita...wanita ibarat sebuah permata yang sangat berharga...kalau permata yang sangat berharga, tempat permata diletakkan pun bukan sebarangan tempat...paling kurang pun diletakkan dalam sebuah cermin kaca yang tebal, ada pulak gerigi besi dalam kaca tu....bilik yang menyimpan permata tu dipasang pulak dengan cctv, dikawal pulak oleh pengawal keselamatan yg bersenjatakan senapang...tingginya nilai permata tu sampai dijaga begitu sekali....tapi kalau permata tu sengaja diletakkan di tepi jalan, di atas sehelai kain yang nipis, didedahkan kepada orang yang lalu lalang, terkena pulak habuk kenderaan, agak-agak ada orang percaya tak itu sebenarnya sebiji permata yang tinggi nilainya...? tak ada punya...jadi hargaila diri anda sepenuhnya...tapi ada jugak orang yg berpendapat muslimat ni kena keluar jugak demi meramaikan orang kerana zaman sekarang ni terlalu sikit orang yang ingin berjuang...ok...saya terima pandangan dia...tapi kalau nak dibandingkan zaman sekarang ni ngan zaman jahiliah mula2 dahulu time Nabi MUHAMMAD baru nak berjuang, agak2 mana lagi sikit orang yang ingin berjuang....? pastila pada masa zaman Nabi MUHAMMAD...but still, Siti Khadijah tetap berdiam di rumah, menyumbangkan hartanya dan menyediakan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan oleh suami tercinta...that's all...kenapa macam tu..? sebab fungsi isteri adalah di rumah....kemuliaan mereka adalah di rumah...inilah yang kita semua perlu jadikan contoh dan tauladan...bukan ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki kerana ALLAH dah tetapkan fungsi masing2 supaya tak timbul fitnah...ALLAH memberi kekuatan lebih kepada lelaki bukan for nothing, tapi adalah kerana supaya mereka dapat melindungi kaum perempuan yang lemah...itu harga yang perlu dibayar oleh kaum lelaki....jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita balik supaya kita dapat memperbaiki diri kita menjadi orang yang lebih baik insyaALLAH....

wallahu'alam....

Wednesday, June 29, 2011

kepercayaan....

kalau dah percaya, tak perlu banyak tanya...
hanya berserah, patuh dan taat sepenuhnya....

itulah yang boleh dikatakan tentang ISLAM...yang bermaksud sejahtera atau penyerahan...tapi, ramai di kalangan kita apabila memperkatakan mengenai ISLAM, mahukan penjelasan di sebalik hukum yang telah ditetapkan seolah-olah mempersoalkan apa yang ALLAH tetapkan...sangat tak beradab apabila direnungkan..

apabila kita mengucap LAA ILAA HA ILLA ALLAH, bermakna kita mengaku ALLAH sahaja tuhan kita dan kita menjadi muslim...iaitu orang yang menyerahkan segala-galanya hanya keranaNYA...kita tidak akan menyerahkan sesuatu yang berharga kepada seseorang jikalau kita tidak percaya kepada orang itu...begitu jugalah kita dengan ALLAH...hanya kerana kita betul-betul yakin dan percayakan ALLAH bahawa DIA lah Penyelamat kita, barulah kita serahkan jiwa dan raga kepadaNYA...

ibarat penyerahan itu samalah seperti seorang anak yang menyerahkan nasib kehidupan dan masa depannya kepada kedua ibubapanya...oleh kerana anak ini PERCAYA bahawa ibubapanya menghendaki dan mengetahui apa yang terbaik untuknya, maka si anak ini mengikut segala saranan, nasihat dan perintah ibubapanya tanpa sebarang persoalan dan pertanyaan...dia akan pergi belajar di tempat ibubapanya sarankan, dia akan berkahwin dengan orang yang ibubapanya tetapkan, hanya semata-mata kerana dia PERCAYA kepada ibubapanya...

apatah lagi dengan ALLAH yang MAHA Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya, lebih-lebih la lagi kita kena berserah sebulat-bulatnya tanpa banyak bicara kerana kita PERCAYA kepadaNYA...

wallahua'lam...

Tuesday, May 24, 2011

Lirik Amin berunsur Tasauf

Oleh Abdul Aziz Itar - Utusan Malaysia 14 Mei 2011

LIRIK-lirik nukilannya bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.

Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.

"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.

"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.

"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.

Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.

S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.

"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.

"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.

Selain menghasilkan lirik bertemakan ketuhanan, bapa kepada Sharifah Nur Aisyah, 19, Sharifah Nur Atiqah, 17, dan Sharifah Nur Anisah, 15, ini juga tidak melupakan isu-isu sosial dalam masyarakat.

Beliau contohnya, banyak mengungkap isu-isu sosial dalam lirik tulisannya yang penuh dengan sindiran seperti Kupu-Kupu Malam, Sindrom Kotaraya, Satu Catitan dan Suasana Di Tasik Perdana.

Bukan setakat menyerapkan elemen-elemen tasauf menerusi lirik lagu, tetapi Amin juga menggunakan medium lukisan sebagai satu lagi wadah bagi mengetengahkan mesej-mesej murni tersebut.

Suami kepada Junaidah Johari, 48, yang juga bekas anggota kumpulan trio Ideal Sisters yang popular pada tahun-tahun 1980-an ini memaparkan banyak elemen ketuhanan di sebalik lukisan-lukisannya.

"Lukisan terbaru saya berjudul Hukum Kasih yang memaparkan potret dua orang tokoh agama yang juga dikatakan wali Allah iaitu Tok Kenali dan Tok Lombok telah pun saya siapkan pada tahun lalu.

"Di setiap lukisan saya, akan sertakan diskripsi supaya ia boleh dikaitkan dengan apa yang dipaparkan di sebalik gambar tersebut. Ia sesuatu yang abstrak dan mengikut pemahaman sendiri," jelasnya.

Pada sisi lukisan itu, Amin menulis ayat, 'Kepada-Mu Kekasih adalah tariqat. Hukum kasih adalah hakikat. Tok Kenali, Tok Lombok ku kenal dalam mimpi. Ilmu tuk, tuk sorok, ku jumpa dalam hati.'

Pada masa sama, dia kini sedang menyudahkan potret sembilan wali Allah yang terkenal di Indonesia yang dikenali sebagai Wali Songo di mana empat daripadanya sudahpun disiapkannya.

"Saya telahpun melukis empat daripada sembilan wali itu iaitu Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonong dan Sunan Kudus. Semuanya akan siap pada tahun depan. Satu pameran khas akan diadakan," katanya.

Penulis lirik terbaik menerusi lagu Suci Dalam Debu pada Anugerah Juara Lagu 1990 ini berkata, dia juga kini sedang menyiapkan lukisan terpanjangnya iaitu sepanjang satu kilometer yang menjadi impiannya.

Amin yang mula melukis 1,001 wajah di seluruh dunia sejak 2004 itu akan menyudahkan baki sekitar 200 meter lukisan itu dalam waktu terdekat ini.

"Sepanjang menyiapkan lukisan itu, saya telah menggembara ke banyak negara seluruh dunia antaranya ke China, Mexico, Sri Lanka, Kemboja, Mesir, Greece, Turki, India dan United Kingdom.

"Sewaktu berada di London pada 2008 saya telah menyiapkan 20 meter lukisan itu yang memaparkan Sungai Thames. Sayangnya buat masa ini, projek itu seakan-akan terbengkalai.

"Setakat ini, tiada maklum balas daripada pihak Balai Seni Lukis Negara bagi membantu saya menyiapkan lukisan itu. Rasa kecewa juga. Saya terpaksa mencari dana sendiri untuk menyiapkannya kelak," harapnya.

Jika berjaya disiapkan, lukisannya itu akan dimasukkan ke dalam buku Malaysia Book of Records sebagai lukisan terpanjang di Malaysia yang memaparkan tempat-tempat menarik di dunia.

p/s: orang yang dalam gambar tu ialah S. Amin Shahab yang saya cerita pada post saya yang lepas yang bertajuk 'pandanglah dengan mata hati'. Dia ni jugak la penulis lirik lagu Sufi yang dinyanyikan kumpulan Damasutra tu. Ermmm....jangan ingat semua orang yang terlibat dalam industri muzik ni semuanya orang 'lalai', sebab ada jugak seorang dua yang berada dalam keadaan 'jaga'...

wallahu'alam.....

Monday, May 23, 2011

Dunia....

"dia tu kerja kat arab saudi ko tau x...engineer tu....aku dengar kerja jururawat kat sana pun gaji dah nak dekat 10 ribu....kalau kerja engineer tu, berapa puluh ribu tak tau....besar betul gaji dia kan...." cerita seorang teman dengan bersungguhnya....


Saya yang dengar perbualan tu naik menyampah dengar. Kalau gaji dia berjuta ringgit sekalipun, SO WHAT...???!!! Kenapa la diorang ni suka sangat pandang benda tu semua. Tak sedar ke semua benda yang dia cakap dan dia ingin-inginkan tu benda sementara...??? kalau ada duit berjuta ringgit sekalipun, seringgit pun awak tak boleh nak selit kat celah kain kapan awak tu untuk dibawa masuk ke dalam kubur nanti. Semua tu tak berguna langsung dah nanti bila ruh dah berpisah dari jasad. Yang berguna hanyalah amal baik yang awak buat kat atas muka dunia ni. Itupun kalau awak buat dengan ikhlas. Dan macammana awak tau yang amal awak tu ikhlas sedangkan ikhlas itu adalah rahsia tuhan. Dahlah amal baik yang kita buat tu sikit, tolak dengan amal yang tak ikhlas,agak-agak berapa kerat la amal baik yang mampu kita bawa untuk dipersembahkan kepada Tuhan Rabbul Izzati nanti. Tak campur lagi dengan dosa-dosa yang menggunung banyaknya. Agak-agak, ada berani ke kita nak bersua dengan pencipta kita dalam keadaan yang macam tu. Jenis muka yang tak tau malu je yang sanggup nak berjumpa dengan tuhan dia dalam keadaan camtu. Habistu, dah sedar amal baik awak tu sikit, amal buruk pulak banyak, masih ada hati lagi nak berlumba-lumba dan bermegah-megah dengan hal-hal dunia...???!!! memang jenis orang yang tak sedar diri... Sedarlah sungguh-sungguh wahai orang sekelilingku.


Saya cakap macamni bukannya nak suruh orang semua tinggalkan dunia. Tapi letakkan dunia pada tempatnya. Sepertimana kata Saidina Ali Karramallahu wajhah mengenai zuhud. "zuhud itu ialah meletakkan dunia di tangan, bukannya di hati." Kalau dunia tu diletakkan di tangan, dunia yang akan menjadi hamba kepada kita. Tapi kalau dunia tu diletakkan di hati, kita pulak yang akan menjadi hamba kepada dunia. Macammana kita nak tau yang kita ni letak dunia pada tempatnya iaitu di tangan...??? Kita tengokla pada alamatnya. Alamat orang yang meletakkan dunia di tangan ialah mereka langsung tidak hairan,tidak berhajat dan tidak kisah pun dengan kekayaan yang berada pada tangan orang lain. Bagi mereka, samada kaya atau miskin, taraf mereka tetap sama. Alamat yang lain, jika mereka mempunyai harta yang lebih, mereka tidak merasa berat hati untuk menafkahkan hartanya pada jalan ALLAH dan kepada fakir miskin kerana bagi mereka, orang lain ada hak terhadap harta mereka sedangkan mereka tiada hak terhadap harta orang lain.


Itulah serba sedikit daripada alamat-alamat orang yang meletakkan dunia di tangan mereka. Jadi, kejarlah dunia dengan bersungguh-sungguh,kemudian letakkanlah dunia tu di tangan kita supaya kita sendiri dan orang-orang sekeliling kita dapat manfaat daripada dunia yang kita miliki.


Saya tak suka bergaul dengan orang-orang yang membesarkan dunia lebih dari yang lain sebab dorang hanya rapat dengan kita masa kita senang. Bilamana kita susah dan perlukan bantuan, masing-masing cuba memberi alasan untuk menjauhkan diri daripada kita. Mujurlah sahabat baik saya tak berperangai camtu dan saya sangat menyanjungi dia.

"ih, aku masuk tanding ngapa quran ritu, buleh la no 2...huhu" cerita saya kat kawan baik saya

"uih,ganah doh tu taifur buleh tagho tu. pah mg buleh hadiah gapo...???" tanya kawan baik saya.

"buleh la huduh2 ih. dapat kain baju melayu,trofi nga pitih 4 ribu..." balas saya.

"ooo...bereh doh r tu..." balas dia balik.


Begitu relaks dan sempoi sekali bespren saya ni yang buatkan saya lagi sayang dan kasih kat dia. Langsung tiada nada kagum dan terkejut dengan hadiah yang saya dapat tu. Kalau orang lain bila dapat tau saya dapat hadiah macamtu, semua jadi mata bulat dengan mulut ternganga.

"4 ribu...??!!!, banyak tuuuu....!!! nanti bolehla kau belanja aku nanti eh. alah, makan nasi arab pun jadilah.."

"4 ribu...??!!! waaahhh..!!! bertuahnya kau....kalau camtu aku nak ngapal quran jugak la..."

Itulah kebanyakan reaksi yang saya dapat daripada kawan-kawan yang lain. Saya balas dengan tersengih-sengih macam kerang busuk. Dalam hati mengata la "apala korang ni, duit banyak tu pun nak wat kecoh. pahala yang banyak takde pulak kecoh-kecoh nak berebut dapat...hmmmhhh....letih...letih"


Tapi bespren saya tak camtu. Dia dengar 4 ribu tu macam 4 ringgit je. Takde pun amek kesempatan mintak suruh saya belanja, nak pinjam duit saya dan sebagainya. Sedangkan dia tu bukannya orang kaya pun. Duit belajar pun pinjam PTPTN. Dan terbaru, sambil ambik short sem, dia sempat kerja part time kat giant semata-mata taknak menyusahkan mak ayah dia. Hari-hari dia berjimat dalam perbelanjaannya. Tapi dia ni jugak bukannya orang susah pun. Cuma dia lebih suka cuba taknak bergantung dengan mak ayah dia. Orang macamni la yang berbaloi untuk saya belanja dia makan besar-besaran.

"ih,sempena rezki yang aku buleh ni, mung oyak jah nak makan mana, aku belanja...hehe..."

"aish...nk mkn mana eh...ak pn xtahu mana tempat-tempat hok sedap ni taifur...atah mung la nk bwk g mkn mana pun...aku makan jah...huhu..."

"aih...mung duk sini takkan tak tahu...??"

"ada la jugak 1 tempat tu sedap...tapi mahal taifur tempat tu...."

"takpo la...bukan kito makan selalu pun kat tempat mahal tu...mung jangan risau la...aku belanjo...hehe..."

"pah takpo la gitu...rezki jangan ditolak...huhu..." balas kawan saya sambil tersengih nakal.


Kitorang pun melantak la kat tempat tu sambil berborak panjang. Yela, dia belajar tempat lain, saya belajar tempat lain. Jarang-jarang je boleh jumpa. Tapi sekali jumpa tu memang payah la nak berpisah....:)


Kesimpulan yang saya nak sampai kat sini ialah, janganlah kita menganggap dunia adalah segala-galanya tapi ambiklah dunia seadanya.

Wallahua'lam.

Thursday, May 19, 2011

Serba salah....

Bila kita yang muda bergaul dengan mereka yang tua, macam-macam benda yang kita kena jaga. Tua di sini bukannya tua setahun dua atau lima tahun enam, tapi dekat 20-30 tahun lagi tua daripada kita. Dalam erti kata lain, kita bergaul dengan bapak-bapak dan atuk-atuk orang la. Apa benda yang nak kita kena jaganya ? Haaa...paling penting sekali ialah kita kena jaga hati mereka. Seperti yang kita sedia maklum, orang tua ni hati dia sensitif. Silap gaya atau salah kata,boleh mengguriskan hati mereka. Jadi, kita kena cuba la melakukan apa yang terdaya demi menjaga dan mengambil hati mereka ni. Hipokrit ke saya ni...???
Boleh la jugak dianggap macam tu sebab ada perkara yang kadang kala kita tak suka buat tapi terpaksa buat-buat suka buat semata-mata nak hiburkan hati 'kawan' kita ni. Tapi, dah nak buat macam mana, veteran style berbeza terus dengan teenagers style.

Nak cerita sikit camna style 'kawan' kita yang veteran ni. Ada la sorang pakcik ni saya kenal masa bulan ramadan lepas sebab bukak pose sekali kat masjid. Orang dah tegur kita, kita kena la layan dia. Jangan la berlagak sombong sangat. Atleast, hormat la sikit kat mereka yang berumur ni kan. Pastu, berlaku la sesi taaruf. aisey, macam dalam usrah la pulak...:) Pakcik tu pun amek la no tepon saya dan saya pun amek la no tepon dia. Bila je dah cuti panjang, saya pun balik la kat kampung halaman. Kebetulan pulak, pakcik ni ada kedai dekat ngn kampung halaman aku tu. Takde la dekat sangat pun, dalam 10 km jugak la. pakcik ni bisnesman. Nak kata kaya tu, kaya la jugak. Kereta berderet-deret, rumah berbiji-biji, isteri pun berorang-orang...:) bila pakcik ni sampai je kat besut dari kuala lumpur, dia terus text saya. "Pakcik dah ada kat besut ni. sampai pagi tadi.." ting tong..."habis tu kenapa..?" saya tanya balik. tapi tanya dalam hati je la. Teringat pesanan pakcik aritu masa kat KL dia kata, nanti kalau balik kampung tu, singgah la jalan-jalan kat kedai pakcik nanti. Saya masa tu mengiyakan je la tanpa banyak bicara. "agaknya pakcik ni nak ajak aku gi jalan kat kedai dia kot,tapi aku nak buat apa kat kedai dia tu.takkan aku nak pandang muka dia dan dia pandang muka aku.nak borak pun aku nak borak apa.nak borak pasal anak-anak,bini pun aku xde lagi.nak borak pasal keje,belajar pun xabes lagi.nak borak pasal bisnes dia,sepatah pun aku x reti.." Saya pun reply la balik mesej dia tu. "ooo...ok...pakcik tak pegi kedai ke rini...? rehat 1 hari eh.." dengan harapan dia akan jawab ya pakcik xpegi kedai.

"pakcik pegi kedai jap lagi.sekarang ni pakcik nak pegi jerteh jap"
dia reply dengan ayat pernyataan tanpa dicampurkan dengan ayat pelawaan untuk ke kedainya. pakcik ni nak suruh saya pegi kedai dia ke tak ni...? kalau ya, napa tak pelawa pun. kalau tak, napa ayat dia tu tergantung dan dia tak habiskan dengan salam je. "pakcik ni nak suruh aku tanya ni.."

"ooo..ok...pakcik nak saya pegi jalan kat kedai pakcik ke...? ke pakcik busy arini...?"
still berharap dia akan reply, "lain kali je la eh..pakcik ada hal sikit tak sempat nak jumpa..."

"pakcik xbusy pun...kalau dapat datang kat kedai pakcik pun bagus jugak..."
tak menjadi seperti apa yang diharapkan. nak tak nak lepas asar tu, saya pun berangkat la menziarahi kedai pakcik ni. sampai2, kedai dia penuh ngan orang pompuan. pastu pakcik ni ajak la minum kat luar. and then layan je la pakcik ni borak. nasib baik ada topik nak borak time tu. borak pasal anak dia. ada kat sejam la jugak borak. saya layan je sampai pakcik tu sendiri yang mengalah minta balik.:) baru tau penangan aku... kali ni takpe la ada topik. kalau dia ajak sekali lagi,taktau la benda apa yang nak diborakkan. Kesimpulannya, orang tua ni suka kalau dia ni dilayan lagi-lagi kalau layan borak walaupun kita sendiri tak berapa suka sangat nak borak tapi laayan je la demi kebahagiaan hati mereka...:)

wallahua'lam

Wednesday, May 18, 2011

Tenangnya

cuti panjang yang selama ini saya idam-idamkan akhirnya bertemu jua. duduk bertafakur di rumah, diam berkurung bermuhasabah di dalam bilik adalah hobi saya yang paling indah dan menarik. jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari hingar bingar manusia, jauh dari segala-galanya tetapi boleh mendekatkan kita kepada si DIA. ingin sekali menjadi orang yang DIA paling sayangi, tetapi banyak sekali dugaan yang datang menguji.

bak kata lirik lagu kumpulan damasutra...

Kesunyian itu terlalu indah walaupun pahit untuk menelan
walaupun pedih sanggup ku tahan dan ku relakannya

best sangat bila dapat menghayati isi tersiratnya. apa-apa pun, nikmatilah masa yang ada yang mana kita tak perlu sibuk berurusan dengan manusia yang akhirnya akan mengundang perasaan kecewa. tetapi, sibukkanlah diri kita dengan berurusan dengan DIA yang akhirnya akan memberi kita kebahagiaan hakiki yang tanpa kita pinta.

wallahua'lam

Saturday, March 5, 2011

pandanglah dengan mata hati...

Bismillah....


exam is just around the corner...hopefully everything will be ok....permudahkan lah aku Ya Rabbi...

tapi dek kerana dah letih ngadap notes, nak luangkan sikit masa nak share something interesting...


pada suatu malam, dalam pukul 10.30 camtu, tiba2 perut ni meragam minta nak diisi....petang tadi elok2 ade je...bese makan petang tapi ritu xrasa lapar lak petang tu jadi malas g makan....aleh2, malam tu pulak wat hal...
jadi, saya pun mula la keluar mencari rezki....huhu...kali ni nak ubah selera lak jadi g makan kat kedai yg lebih kurang 2km daripada umah....sampai tu terus order....orang lak memang ramai sebab kedai tu famous ngan nasi lemak ngan burger die yang sedap....pas order tu, lepak la sorang2 kat 1 meja luar skit drpd kedai tu....dalam 10 minit pastu sampai la makanan yang diidamkan...tengah duk syok2 menikmati hidangan tu,tiba2 datangla sorang brother yg xpernah tengok dan kenal pun datang tegur....

"nak duk sini boleh x...? malas r duk kat dalam...."
"eh, xpe...duduk la...."

sekali pandang, bro ni pakai sweater ngan suar jean....typical dress nowadays....

"sorang je ker...?" saya tanya bagi megurangkan canggung duk ngan orang yang xkenal....padahal mmg terang2 nampak die duk sorang....huhu...
"ha'ah sorang je"....

"abang keje ape..?" nampak die cam tua je drpd saya...
"musician..."

hmmm....biasala...orang KL.....desus ati saya...bila dgr je musician,terus dalam ati saya pikey mcm2....ye la...musician...mestila terkenal dgn sosialnya....dah taw cam2,saya pun malas la nak layan lebey2 sgt memandangkan ati ni xserasi ngan "watak" musician...

tapi dsebabkan bro tu jenis friendly gak, saya layan seadanya je laa...duk borak2, tiba2 topik perbualan makin lama makin tukar topik...daripada cerita tentang kerjaya die kepada cerite tentang kehidupan kita....makin lama borak ngn dia, bahasa2 yg dia gunakan makin lama makin berkias dan penuh makna....ringkas tetapi penuh isi makna tersirat....bia betul brother ni....takkan org camni pun ade 'perasaan' itu jugak....saya pun yang tadi jadi xminat mane nak borak, terus jadi curious nak tau pasal brother ni sebab die cakap topik yang saya minat sangat....jarang sangat2 boleh jumpa orang 'sensitif' macam bro ni.....

"xguna kite semayang kalau kite xkenal DIA...orang sekarang ni lebih sibuk mencari benda yang smentara sehingga diorang lupakan mencari benda yang HAKIKI..."

bile dengar camtu, mula meremang bulu roma saya....

"setiap yg berlaku kepada kita memang semuanya telah diaturkan....aku jumpa kau ni pun memang kite telah ditakdirkan....semua benda yg berlaku disekeliling kita ada alamat dan mesej yang ingin disampaikan...cuma kita saja yang xsedar kerana pancaindera kita yang lemah....hatta angin yang bertiup pun ada mesej tersendiri yang ingin diberitahu kepada kita....cuma hati yang sedar saja yang tahu apa mesejnya.... bagi mereka yang tahu, tahulah....tapi bagi mereka yang xtahu,angin hanyalah angin....."

"Bila rahmat tuhan dah jatuh kat kita,kita x mampu nak menolak dan hanya mampu menerimanya...bila sesuatu perkara yang pelik berlaku kat kita yang xberlaku kat orang biasa,kita akan jadi bingung kerana rahmat tuhan tidak bertepi...."

"jadi,jangan kau tengok dan nilai orang biasa tu biasa dari segi luarannya saja....sebab orang yg luar biasa tu lebih suka untuk kelihatan seperti orang biasa...."

pastu saya tanya kat bro ni...."bang tau x sape penulis lirik lagu sufi kumpulan damasutra...? saya dengar org tu dah mati,betul ke..?"
tiba2 abg tu pandang sekeliling jadi macam xtentu arah....pastu die gosok2 lengan die macam orang kesejukan...."nape ko tanya soalan tu...? meremang bulu roma aku dibuatnya...ko nak tau sangat ke...?" tanya balik abg tu mintak betul2 kepastian...."mestila saya nak tau bang.....saya nak tau sangat sapa org yg boleh wat lirik penuh isi tersirat macam tu..."

"nama org tu S. amin shahab...die hidup lagi...." perlahan sangat die sebut...macam berbisik je....hish...memang scary la abg ni....
"kalau kau nak tau,semua lirik yang die tulis semuanya ada makna tersirat....kebanyakan lagu damasutra die la yang tulis....macam lagu suci dalam debu n etc....cuma ramai org yg xperasan...."
"hish,xkan la kot...bukan banyak lagu cinta kepada kekasih perempuan ke bang lagu dorang tu...?"
"tak....cuba ko hayati betul2...ada mesej yang penulis lirik tu nak sampaikan..."

saya makin tambah xpercaya....sebab selama saya dengar lagu2 tu, lagu sufi je yang saya boleh tangkap mesej yg nak disampaikan...memang bukan calang2 orang betul s. amin shahab ni....

"tapi ko jangan terkejut lak tengok die...sebab ape yg ko sangka tak seperti apa yg dijangka...skang ni die rambut panjang....2 je la yg aku leh bagitau....tapi cam aku cakap, jangan judge org sesuka hati...."


panjang dan macam2 lagi benda yg kitorang borakkan....hampir kat 2jam setengah duk dengar kata2 dia....tapi kalau nak tulis sume xlarat laa...dan ada kata2 dia yg xboleh dikongsi secara terbuka kerana ia amat rahsia....dia cakap pun slow2 je macam berbisik sebab memang perkara itu 'sensitif'....bagi mereka yang faham,faham lah....tapi bagi yg xfaham, jangan salah faham....sebelum berpisah, saya sempat jugak amek no tepon abg ni ngan facebook die....bukan senang2 nak jumpa org camni....peluang nak kenal ngn org tu xkan saya lepaskan dan sebenar2 sahabat yang dicari ialah org macam dia yang mana apabila bergaul dengannya,membawa kita kepada mengingati tuhan...dan saya sekali-kali xkan lepaskan ikatan ukhuwah dengan abang ni....kesimpulannya....janganlah kita menilai orang dengan mata kepala kita, tapi nilai lah orang dengan mata hati kita....kalau kita xmampu nak nilai dengan mata hati kita, cukuplah dengan kita berbaik sangka kepada SEMUA ORANG....hatta kepada penjahat sekalipun kerana sekali rahmat ALLAH turun, yang jahat boleh jadi baik....dan sekali rahmat ALLAH diangkat, yang baik boleh jadi jahat....wanau'udzubillahimindzalik....sedangkan kita sendiri tak tahu bagaimana kesudahan kita nanti...nilai lah diri kita sebelum menilai diri orang lain.....

wallahua'lam.....

Tuesday, March 1, 2011

Perasaan....

Bila berseorangan, rasa seperti berteman...
Tapi bila berada di keramaian, mula la rasa kesunyian....

Bila tidak berhajat kepada segala sesuatu, rasa seperti jutawan....
Tapi bila inginkan sesuatu, mula la datang perasaan kemiskinan....

Bila bersama denganNYA, rasa seperti dunia ini kita yang punya....
Tapi bila berenggang denganNYA, mula la rasa dunia ini adalah segala-galanya....

Bila cuba berahsia denganNYA, rasa seperti diri diperhati....
Tapi bila cuba berkongsi dengan makhlukNYA, mula la rasa diri tidak lagi dipeduli...

Bila terlampau asyik denganNYA, hanya diam dapat menyampaikan rasa...
Tapi bila lalai daripadaNYA, mulut mula banyak bicara....


"Orang yang paling berani di antara kamu adalah orang yang paling takut kepadaKU..."
"Orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang paling merasa hina terhadapKU..."
"Orang yang paling kaya di antara kamu adalah orang yang paling merasa faqir kepadaKU..."
"Orang yang paling hebat di antara kamu adalah orang yang paling merasa lemah dihadapanKU..."

Saturday, February 19, 2011

Musabaqah....

Bismillah...

Alhamdulillah....akhirnya tercapai jugak hasrat saya selama ni....tapi ni baru peringkat daerah, kene bertanding peringkat negeri pulak....mintak2 la ALLAH tolong saya sekali lagi masa peringkat negeri nanti....walaupun masa mula2 nak masuk tu bukan niat untuk menang, jes untuk suka2 dan minat yang mendalam, tapi 'kebetulan' saya boleh menang peringkat daerah ni, tiba2 terus bersemangat nak menang kat peringkat negeri nanti....sebab saya berhajat dan mengidam sangat2 nak berkumpul dengan para hamalatul quran yang lain di peringkat kebangsaan nanti....kalau ALLAH izinkan....

kenapa saya kata 'kebetulan' menang...? huhu...pelik tapi benar....musabaqah ni ade 3 tahap....tahap 1 ialah 1-10 juzuk...tahap 2 ialah 1-20 juzuk...tahap 3 lak ialah 1-30 juzuk...saya berminat nak masuk tahap 3...bila nak daftar je, tengok2 saya sorang je mamat yang minat nak masuk tahap tu bagi kategori lelaki...hmmm...memang rezki la kan...nak kata ape lagi....pompuan pn camtu gak....ada sorang je peserta bagi tahap 3....memang saya ni boleh dikatakan menang xbermaruah laa...huhu....tapi kawan2, walaupun saya sorang je yang masuk,i put all effort  masa duk bersila depan mikrofon tu sebab nak try saya ni betul2 layak ke atau xlayak untuk masuk tahap tu....alhamdulillah...out of 5 questions, 1 soalan yang menerewang masuk jalan lain...tapi naseb bek dapat patah balik lepas sesat tuu...huhu...(xtaw la paham ke x)...

korang nak taw x sape peserta pompuan tahap 3 tuu...peserta tu umur die 16 tahun baru....muda setaun drpd adik pompuan saya....memang salute betul kat budak tu....saya tyme 16 tahun tengah watpe....? tengah dok sebuk 'berpoya-poya' ngan kawan2....huhu....malu tul rasanya ngan budak tu....yang tambah memalukan lagi sampai saya xtaw nak letak mana muka saya ni ialah tyme turn die bertanding tuu, sume lima5 soalan tu die jawab dengan lancarnya tanpa sepatah perkataan silap pun...aduuuhh....dah la budak,pompuan pulak tu yang mana ada 'cuti umum' setiap bulan yang wat die xleh ngaji quran,tapi still she is superior than me...seolah2 saya terdengar je die cakap kat saya, "ape ni bro...camne boleh kalah ngan BUDAK POMPUAN ni..."...malu sih...dah tu pulak untuk tahap 3 ni ada 2 soalan tafsir lepas 5 soalan tuu....soalan pertama saya jawab dengan terkial-kialnya dan soalan kedua memang saya loss terus xtaw ayat mana....tapi bila tyme minah kecik ni punye turn,die jawab dua2 soalan tu dengan confident and on the spot je....macam quran terjemah tu duk depan dia...lagi la saya tambah geram kat budak ni...huhu...saya bajet die tanya terjemah juzuk 5 yang mana saya dah revise dah,tapi rupa-rupanya taun ni juzuk 6 lak yang mana saya taw skit2 je terjemah die...hampeh tul ko ni tayfur....untuk sedapkan ati saya,saya assume yang budak cili padi tu mungkin dah taw kot soalan tafsir untuk taun ni adalah juzuk 6....so die prepare awal2....kalaw x,mesti die pun terkial2 cam saya....huhu....(ati dan perasaan sendiri kene jaga bro)

dan yang paling best skali tyme musabaqah tu,saya dapat berkenalan ngan due orang sahabat baru...sorang hamdani dan sorang lagi nizam....due2 ni memang kelakar giler....dan yang saya paling respek skali hamdani laa....mamat ni masa saya fes time jumpa,nampak sempoi sangat....seluar slek,baju melayu,songkok itam....ong len duk pakai jubah ngan kopiah putih sume....tapi xpela....xsalah pun...huhu...bila kenal je ngan die,baru taw yang die ni memang kepala more or less like me....apalagi,memang sekejap je jadi kamceng dah....terus saya mintak no tepon die ngan facebook die....huhu....hamdani masuk tahap 2...ong len smbil mnunggu turn dorang,sume duk sibuk ngulang quran....mamat ni lak duk sibuk borak ngan kawan die sorang lagi yang nama nizam tuu...."bila laa dorang nak abis ni...." cakap die kat member die tuu sambil borak benda2 lain....dorang borak duk cite tyme dorang kat maahad tahfiz dulu apa kegiatan nakal dorang...saya yang lepak kat sebelah dorang tu sakit perut duk dengar citer dorang...punye la klakar...macam2...pastu nizam cakap...."weh,kiter borak ni cover2 la skit...tadi pakcik sebelah aku ni dah sound dah kat aku suh duk senyap..."...padahal mamat tu la cakap kuat sekali...huhu...saya ngan hamdani cakap cam berbisik je,tapi bile sampai turn nizam ni cakap,memang xingat sekeliling laa....tu xcampur gelak ketawa die lagi....huhu....pakcik sebelah die tu duk usha2 camtu je la pastu...dah xkuasa kut nak nasihat...huhu....

xlama pastu,sampai la turn hamdani nek pentas nak kena tebuk...die punye tahap ada 5 soalan gak...tp xde tafsir....hakim pun tye la soalan pertama kat die....die pun stat jawab....auu'dzubillahiminassyaitonirrojim...bismillaahirrohmaanirrohim....mak aih mamat ni....opening pun dah sedap dah lagu dan suara die....saya terus pasang telinga nak hayati alunan die....ayat demi ayat die baca....die terus dengan lagu misyary die...fuuuuhhhh...memang xboleh blah mamat nih....tadi bukan main lagi duk borak2 belakang macam orang xbersungguh je nak masuk tanding....tapi skali die bukak mulut,sume orang terpegun....masuk soalan kedua,die ubah pulak lagu said alghamidi....Ya ALLAH, manusia jenis ape yang aku jumpe nih....die terus membaca dengan penuh perasaannya menambahkan lagi kesyahduan bacaannya....saya memang menikmati betul2 la bacaan die tuu...saya santap betul2 makanan tuu....macam 2 la sampai habis soalan....interchange between misyary and said alghamidi....habis je die baca,die pun jumpa saya...."aku balik dulu laa...aku de tugas skit kat masjid tempat aku...." malam tu seperti yang diramalkan laa....die menjadi johan bagi tahap 2.....mabruk mabruk....bangga betul saya dapat peluang berkenalan ngan die....insyaALLAH saya xkan lupakan die sampai bila2 sebab dia la kawan dunia akhirat saya....

wallahua'lam...

Friday, February 18, 2011

Arachnophobia & ALLAH phobia....

bismillah....

"dulu masa I blaja biology kt matriculation dlu, ade sorang lecturer I yg ade penyakit ni....arachnophobia....maksud dia phobia kepada spider....dlu kan ade blaja bab insects kan mse biology dlu, jadi lecturer explain la bab tu....sampai je bab spider, die terus menggigil dan terketar-ketar...dan lecturer I tu pun bgtau yg die ade arachnophobia....die xsebut pn pktaan 'spider' tu ....die cume explain je mengenai spider tu without mentioning 'spider' sebab kalau x,  makin teruk jadinya symptom die 2....."

macam tu la kisah lecturer saya punye lecturer mengenai arachnophobia....masa saya dengar tu,terkejut gak laa...ade jugak penyakit camtu dalam dunia ni eh....pantang dengar tentang spider, terus menggigil dan terketar-ketar....takutnya die kat spider....pastu saya fikir lagi...."macam mana pulak halnya dengan orang yg ALLAH phobia ye..macam tu jugak ke symptom dia atau much worse"...yg mana ALLAH berfirman dalam surah al-anfal ayat 2 yg bermaksud "sesungguhnya orang yg beriman ialah orang yg apabila disebutkan sahaja nama ALLAH, maka gementarlah hati mereka.....ilaa akhiri ayat...."

agak2 la, ade lagi ke eh org yg betul2 takut kepada ALLAH sampai tahap macam tu skang nih....? mungkin ade tapi terlampau-lampau sikit sangat.....kita pulak macam mana...? mudah sangat kan kalimah ALLAH terpacul dari mulut kita....tapi malangnya, tiada sekelumit perasaan pun timbul daripada kalimah yang kita ucapkan samada perasaan cinta mahupun perasaan takut....nothing....sebab apa....? sebab kita hanya mengenal ALLAH di mulut, bukannya di hati....

kalaulah saya berpeluang bertemu dengan orang yang betul2 takutkan ALLAH, saya pasti takkan mahu berpisah dengannya sebab nak berdamping dengannya supaya sifat takut tersebut mampu mengalir dalam darah saya sepertimana kalau kita berdamping dengan penjual minyak wangi, pasti badan kita juga akan turut berbau wangi.....

teringat kisah para tabii'n dulu yg ada menceritakan ketika mana je azan berkumandang, ada segelintir manusia yang menggelupur di atas tanah tidak sedarkan diri kerana kalimah ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR yang bilal laungkan.....Ya ALLAH, betapa takutnya mereka kepada ALLAH terkenangkan kehebatan dan kekuasaan yang ada padaNYA....terlampau jahatnya aku ya ALLAH jika nak dibandingkan dengan mereka....terlampau malunya aku ingin menggelarkan diriku mukmin kerana tidak menepati piawaian sebenar seorang mukmin sepertimana kehendakMU.....aku hanya mampu meminta supaya KAU berikan aku hidayah supaya mampu mempunyai sifat takut yg sebenar kepada MU....amiin ya rabbal a'lamin....

Friday, February 11, 2011

Kita dan Rasulullah Sollollohua'laihiwasaallam....

Bismillah....


assalamualaikum....

sepertimana yang kita semua maklum, hari mawlidurasul tinggal beberapa hari je lagi....iklan2 dalam tv pun siap ada tunjuk countdown hari mawlidurrasul,tempat perarakan mawlidurrasul dan sebagainya....masjid2 pulak sibuk memanggil penceramah yang terkenal untuk menyampaikan ceramah atau kuliah mengenai mawlidurrasul...masing2 sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari mawlidurrasul.....tapi, dalam ramai2 dan banyak2 pihak yang bertungkus-lumus tu, agak2 la kan, berapa ramai pulak la drpd diorang tu yang betul2 appreciate dan menghayati hari mawlidurrasul...berapa ramai pulak la yang buat semua tu betul2 demi kecintaan kepada junjungan besar kita,habibuna wa syafiu'na wa mawlana wa sayyiduna MUHAMMAD sollollohua'laihi wa aalihi wasallam...

atau diorang buat semua tu kerana mengikiut tradisi, ataupun kerana arahan pihak atasan, ataupun kerana mengikut orang lain, ataupun kerana ingin bertanding dan macam2 lagi....harap2nya, biarlah peratusan kecil sahaja orang macam ni yang wujud dalam masyarakat kita....

kepada mereka yang masih kurang atau langsung tidak ada perasaan cintakan Rasulullah sollollohua'alaihiwasallam, cubalah ikhtiar dan berdoa biar perasaan tu tertanam kukuh dalam hati kita....kerana tiada makhluk yang paling sempurna melainkan baginda, tiada makhluk yang paling hebat melainkan baginda, tiada makhluk yang paling mulia menlainkan baginda, segala kelebihan yang tidak boleh ditandingi mana2 makhluk pun semuanya jatuh atas jasad tubuh badan baginda, hatta kita tidak dibenarkan fanatik terhadap mana2 makhluk pun melainkan hanya kepada baginda Rasulullah sollollohua'laihi wa aalihi wasallam semata-mata....kalaulah nak dibandingkan kita dengan baginda......jauuuuuuhhhhh sangat....jom kita tengok betapa jauhnya maqam baginda dengan kita supaya kita tahu dan sedar bahawa bagindalah makhluk yang paling teragung yang pernah wujud atas muka bumi ni....


ALLAH berfirman dalam quran mengatakan bahawa umat Nabi Muhammad Sollollohua'laihi wa aalihi wasallam adalah sebaik2 umat....ok....di antara berbilion2 manusia atau mungkin trilion manusia yang pernah wujud,masih wujud, dan akan wujud sejak dari Nabi Adam a'laihissalam, umat akhir zaman inilah yang terbaik....tapi dalam berbilion umat akhir zaman ni, hanya mereka yang lebih bertaqwa je yang lebih mulia drpd orang lain...kita anggap la ulama2 adalah orang yang paling bertaqwa di antara kita...dalam berjuta2 ulama ni, mereka yang paling bertaqwa akan diangkat menjadi wali ALLAH yang mana kita tak tahu pun berapa jumlah sebenarnya....dalam banyak2 wali ALLAH ni, mereka yang paling2 bertaqwa pun tidak mampu menandingi ketaqwaan seorang manusia yang diangkat menjadi nabi...dan jumlah nabi itu seperti yang disebutkan dalam ilmu tauhid adalah berjumlah 125000....dan sudah pasti ketaqwaan seorang nabi tidak sama dengan ketaqwaan seorang rasul yang mana rasul lebuh tinggi taqwanya....di antara 125000 orang nabi itu, hanya 313 orang saja yang dilantik menjadi rasul....dan rasul yang kita kenal berjumlah 25 orang....dalam 25 orang rasul tu, mereka yang paling bertaqwa adalah rasul yang digelar dengan ulul azmi yang berjumlah 5 orang iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad...dan dalam 5 orang tu, orang yang paling bertaqwa kepada ALLAH tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad Sollollohua'alaihi wa aalihi wasallam...

betapa tingginya darjat baginda jika nak dibandingkan dengan kita....tapi kenapa ramai lagi di kalangan umat baginda yang langsung tidak mencintai Rasullullah sepertimana yang sepatutnya....kalau kita dengar saja bahawa seorang hamba ALLAH ni adalah wali ALLAH yang ada karamah, terus saja kita rasa kagum kepadanya...tapi tahukah kita bahawa Rasulullah tu berpuluh2 kali ganda lebih hebat daripada wali ALLAH....semua karamah yang ada pada wali ALLAH hanya barang remeh saja jika nak dibandingkan dengan mukjizat Rasulullah....tapi kenapa kita tak merasa kagum kepada baginda sebaliknya lebih membesar2kan kehebatan seorang wali ALLAH....tak salah kita kagum dan hormat kepada wali ALLAH, tapi dalam masa yang sama kita kenalah menanamkan perasaan berpuluh2 kali ganda lebih kagum dan hormat kepada Rasulullah Sollollohua'laihi wa aalihi wasallam sebab baginda lah ketua bagi semua makhluk dan ketua bagi para kekasih ALLAH....buta hati dan celakalah kita jika kita masih tak mampu nak mencintai dan menyayangi baginda sepertimana yang sepatutnya....moga2 mawlidurrasul kali ini menyemarakkan lagi perasaan cinta dan kasih kita kepada junjungan besar kita, habibuna wa syafiu'na wa mawlana wa sayyiduna MUHAMMAD sollollohua'laihi wa aalihi wasallam...

wallahua'lam....

Di antara Jamaah, Usrah dan Talaqqi.....

Bismillah....



Tarbiyyah ruhiyyah berkurangan dengan amat mendadak dalam kalangan harakah Islam. Para mutarabbi dibiarkan tercari-cari sendiri hikmah dalam silibus tarbiyyah & dalam program-program haraki.



Apa sudah jadi, jika yang mengaku daie, mejalankan program atas nama tarbiyyah,utk menarik ahli kepada jamaah, tetapi daie itu sendiri kering dengan tarbiyyah ruhiyah.





Mahu mendidik,tetapi lupa untuk memberi masa duduk bertalaqqi demi ilmu. Usrah, bedah buku, akhirnya menjadi medan menunjuk ilmu.Tuan-puan, dalam kita berpersatuan, berjamaah, usah lupa kita sentiasa makhluk lemah yang tersangat kurangnya laras ilmu kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia.





Sekali lagi, tidak menidakkan usaha yang lain memberi faham agama kepada manusia banyak, tetapi mencetus cakna akan permasalahan umat disebabkan kecelaruan aqidah, asbab penyakit rasuah, biadab, hilang maruah dan hati sentiasa gundah.



Petikan Firman ALLAH SWT ini, memberi pandangan alam ;


مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا (18وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا (19) كُلًّا نُمِدُّ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا



18. Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), Maka kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.



19. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.



20. Kepada masing-masing golongan baik golongan Ini mahupun golongan itu[849] kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.




[849] yang dimaksud baik golongan Ini mahupun golongan itu ialah mereka yang tersebut dalam ayat 18 dan 19 di atas.



[Surah Al-Isra' : 18-20]

Bercakap tentang isu harakah dan sufiyah, ana sangat kagum dengan kupasan oleh guru yang dikashi Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlish.




Ini kata beliau :



Setiap bidang ada ahlinya. Hal ini sangat jelas termasuklah dalam tradisi keilmuan dan amaliyyah Islam. Antara bidang-bidang utama dalam lapangan ilmu Islam adalah bidang aqidah, fiqh dan tasawwuf (akhlak dan tarbiah).




Sejak zaman salaf lagi, bidang-bidang ilmu tersebut dipimpin oleh mereka yang berkelayakan atau ahli dalam bidang tersebut. Ketika bidang ilmu terpisah daripada amali dan tarbiah, maka golongan ulama' yang murobbi mengambil alih bidang tarbiah secara khusus lalu mereka menjadi golongan sufi.




Golongan sufi inilah yang memimpin bidang tarbiah ruhiyyah dalam masyarakat Islam sejak zaman salaf lagi lalu mereka terus bertahan sehinggalah hari ini. Sepanjang lebih seribu tahun di mana para ulama' sufi diakui sebagai ahli dalam bidang tarbiah ruhiyyah islamiyyah, maka sudah pastilah hanya dengan tarbiah sufiyyah, seseorang dapat melalui proses tarbiah yang sempurna.



Tanpa bertujuan untuk membandingkan dengan alliran haraki, golongan sufi telah terbukti melalui catatan sejarah, mengembangkan tarbiah ruhiyyah dalam masyarakat Islam dengan berkesan. Sedangkan, aliran haraki muncul sebagai natijah daripada penilaian sesetengah pihak bahawa golongan sufi sudah tidak lagi melakukan tugas mereka yang asal.




Walaupun penilaian itu kurang tepat, tetapi niat ikhlas sesetengah pelopor aliran haraki wajar dipuji. Namun, seharusnya, sebagaimana Imam Hasan al-Banna, mereka perlulah merujuk kepada golongan sufi yang muktabar dalam bidang tarbiah ruhiyyah ini. Hal ini sebagaimana ditegaskan sendiri oleh Imam Hasan Al-Banna dan Sheikh Sa'id Hawwa dalam kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah.



Ilmu-ilmu Islam yang lain sekalipun perlu diambil secara bersanad daripada mereka yang berkelayakan, apatah lagi ilmu tasawwuf dan tarbiah yang melibatkan ilmu praktikal ini sudah pasti lebih memerlukan kepada sanad dan qudwah (contoh). Ilmu tarbiah tidak diambil daripada suhuf (lembaran) tetapi diambil daripada rijal (mereka yang telah merealisasikannya daripada proses persahabat dengan murobbi2 sebelum mereka).




Penyelesaiannya tetaplah kembali mengambil tarbiah ruhiyyah daripada ahli-ahlinya yang mewarisi kesinambungan tarbiah tersebut daripada para murobbi sebelum mereka yang seterusnya bersambung kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.