Sunday, February 6, 2011

3 Sifat Perempuan Mulia...

Bismillah...

Assalamualaikum....

Di dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani ada menyebutkan sifat-sifat yang patut ada pada seorang perempuan muslimah sejati....iaitu 3 sifat bilamana ada pada diri seorang perempuan maka menjadi mulialah ia tetapi kalau ada pada diri seorang lelaki maka menjadi hinalah ia....macam ayat kitab lama lah pulak....

Anyway, masa festime tahu dulu daripada seorang ustaz yang ngajar kat mesjid, memang terkejut campur excited sebab memang munasabah pun sifat2 tu....jadi, take note eh kepada mana2 lelaki maupun perempuan tapi sebenarnya ia lebih menuju kepada perempuan yang mana mau menjadi isteri mithali....dengar cerita,ilmu nih rasanya dalam kursus kahwin pun tak sebut...jadi appreciate dan amalkan lah....

Mula2, saya amek quote asal la eh daripada kitab nih.... baru puas hati....

(Dan kata) Saiyidina 'Ali Radhiyallahu 'anhu:
"Bermula yang terlebih jahat sifat lelaki itu, iaitu yang terlebih baik bagi sifat perempuan, iaitu 3 perkara:


  1. Al-Bukhul yakni kedekut atau kikir.
  2. Adz-Dzuhu yakni membesarkan diri atau sombong
  3. Al-Jubnu yakni penakut
Amacam...? macam xpaham sangat kan ayat mula2 tu...itu kena tadah kitab ngan ustaz....klu baca sorang memang mereng sikit la rasa....huhu...

Sekarang kita pergi kepada penjelasannya yang juga dihuraikan dalam kitab Muhimmah....

Pertama,kenapa kedekut tu sifat mulia bagi perempuan....? ini kerana kalau perempuan tu kedekut, dia akan lebih cenderung untuk memelihara harta suami yakni tidak terlalu senang membelanjakan harta suaminya melainkan dengan sebab2 yang mustahak dan keperluan...kan bagus tu kan...tapi kalau ada pada lelaki lak hinalah sebab kedekut sangat sampai taknak bagi nafkah kat anak bini....

Kedua, kenapa membesarkan diri atau sombong itu sifat mulia bagi perempuan...? ini kerana kalau perempuan tu sombong, dia tak akan sewenang-wenangnya bercakap dengan mana-mana lelaki ajnabi melainkan keperluan yang sangat mustahak....barulah perempuan ni tak akan menyebabkan suaminya berasa cemburu kepadanya....lepas tu,kalau dia sombong dengan jiran-jiran dia, dia cenderung untuk tidak berborak dengan jiran-jirannya. bagus ke..??? bagus laa...kalau berborak nanti, dia akan cenderung untuk bercerita tentang perihal orang lain dan mengumpat dan lebih teruk lagi ialah menceritakan hal rumahtangga sendiri yang mana tidak patut untuk didedahkan kepada orang lain...jadi,suami dia akan sentiasa berasa rahsia rumahtangganya akan tetap terpelihara.dan kata-katanya yang lemah lembut adalah semata-mata untuk suami tercinta....kan bagus tu kan...tapi kalau ada pada lelaki hinalah sebab tak mahu terlibat dalam kerja-kerja islam yang sepatutnya tugas utama lelaki bukan tugas perempuan....

Ketiga, kenapa penakut tu sifat mulia bagi perempuan...? ini kerana kalau perempuan tu penakut, dia akan lebih cenderung untuk tinggal dalam rumah dan ini membuatkan lelaki-lelaki ajnabi tak terlihat pun wajah perempuan ini lalu asyik kepada perempuan ini yang boleh membuatkan suaminya berasa cemburu....kerana semakin 'tersimpan' perempuan itu maka semakin mulialah dia sebab perempuan ini ibarat mutiara yang boleh menimbulkan kesukaan dalam hati2 lelaki ajnabi yang akan menyebabkan timbulnya fitnah....wajah cantiknya hanyalah semata-mata untuk tontonan suami tercinta....kan bagus tu kan...tapi kalau lelaki penakut memang hinalah sebab dia tak mampu untuk melindungi anak bini dia kerana penakut....

Kesimpulannya, perempuan mestilah bersifat dengan sifat kedekut,sombong dan penakut manakala lelaki mestilah bersifat dengan sifat pemurah,peramah dan berani....alangkah indahnya islam mengaturkan segalanya yang mana tersimpan seribu hikmah dan kebaikan....cuma manusia yang buta hati dan bertuhankan nafsu je yang keras kepala nak ikut....

Sifat2 yang disebutkan tadi bukanlah Nabi Muhammad Sollollohua'laihi wasallam sendiri yang menyebutkan dalam hadisnya,tetapi ia adalah kata2 daripada sahabat yang bukan calang2 orangnya iaitu menantu Nabi sendiri, Saidina A'li yang mana Nabi sendiri mengiktiraf ilmu yang ada pada diri beliau dan Nabi menggelarnya sebagai Babul i'lm iaitu pintu segala ilmu....kalau Nabi sendiri pun dah iktiraf ilmu yang ada padanya, apa pulak kelayakan kita nak pertikaikan kata2 Saidina A'li....tak payah cakap banyak...sami'na wa a'to'na....jangan jadi sami'na wa a'soina....wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment