kalau dah percaya, tak perlu banyak tanya...
hanya berserah, patuh dan taat sepenuhnya....
itulah yang boleh dikatakan tentang ISLAM...yang bermaksud sejahtera atau penyerahan...tapi, ramai di kalangan kita apabila memperkatakan mengenai ISLAM, mahukan penjelasan di sebalik hukum yang telah ditetapkan seolah-olah mempersoalkan apa yang ALLAH tetapkan...sangat tak beradab apabila direnungkan..
apabila kita mengucap LAA ILAA HA ILLA ALLAH, bermakna kita mengaku ALLAH sahaja tuhan kita dan kita menjadi muslim...iaitu orang yang menyerahkan segala-galanya hanya keranaNYA...kita tidak akan menyerahkan sesuatu yang berharga kepada seseorang jikalau kita tidak percaya kepada orang itu...begitu jugalah kita dengan ALLAH...hanya kerana kita betul-betul yakin dan percayakan ALLAH bahawa DIA lah Penyelamat kita, barulah kita serahkan jiwa dan raga kepadaNYA...
ibarat penyerahan itu samalah seperti seorang anak yang menyerahkan nasib kehidupan dan masa depannya kepada kedua ibubapanya...oleh kerana anak ini PERCAYA bahawa ibubapanya menghendaki dan mengetahui apa yang terbaik untuknya, maka si anak ini mengikut segala saranan, nasihat dan perintah ibubapanya tanpa sebarang persoalan dan pertanyaan...dia akan pergi belajar di tempat ibubapanya sarankan, dia akan berkahwin dengan orang yang ibubapanya tetapkan, hanya semata-mata kerana dia PERCAYA kepada ibubapanya...
apatah lagi dengan ALLAH yang MAHA Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya, lebih-lebih la lagi kita kena berserah sebulat-bulatnya tanpa banyak bicara kerana kita PERCAYA kepadaNYA...
wallahua'lam...
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, May 24, 2011
Lirik Amin berunsur Tasauf
Oleh Abdul Aziz Itar - Utusan Malaysia 14 Mei 2011
LIRIK-lirik nukilannya bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.
Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.
"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.
"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.
"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.
Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.
S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.
"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.
"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.
Selain menghasilkan lirik bertemakan ketuhanan, bapa kepada Sharifah Nur Aisyah, 19, Sharifah Nur Atiqah, 17, dan Sharifah Nur Anisah, 15, ini juga tidak melupakan isu-isu sosial dalam masyarakat.
Beliau contohnya, banyak mengungkap isu-isu sosial dalam lirik tulisannya yang penuh dengan sindiran seperti Kupu-Kupu Malam, Sindrom Kotaraya, Satu Catitan dan Suasana Di Tasik Perdana.
Bukan setakat menyerapkan elemen-elemen tasauf menerusi lirik lagu, tetapi Amin juga menggunakan medium lukisan sebagai satu lagi wadah bagi mengetengahkan mesej-mesej murni tersebut.
Suami kepada Junaidah Johari, 48, yang juga bekas anggota kumpulan trio Ideal Sisters yang popular pada tahun-tahun 1980-an ini memaparkan banyak elemen ketuhanan di sebalik lukisan-lukisannya.
"Lukisan terbaru saya berjudul Hukum Kasih yang memaparkan potret dua orang tokoh agama yang juga dikatakan wali Allah iaitu Tok Kenali dan Tok Lombok telah pun saya siapkan pada tahun lalu.
"Di setiap lukisan saya, akan sertakan diskripsi supaya ia boleh dikaitkan dengan apa yang dipaparkan di sebalik gambar tersebut. Ia sesuatu yang abstrak dan mengikut pemahaman sendiri," jelasnya.
Pada sisi lukisan itu, Amin menulis ayat, 'Kepada-Mu Kekasih adalah tariqat. Hukum kasih adalah hakikat. Tok Kenali, Tok Lombok ku kenal dalam mimpi. Ilmu tuk, tuk sorok, ku jumpa dalam hati.'
Pada masa sama, dia kini sedang menyudahkan potret sembilan wali Allah yang terkenal di Indonesia yang dikenali sebagai Wali Songo di mana empat daripadanya sudahpun disiapkannya.
"Saya telahpun melukis empat daripada sembilan wali itu iaitu Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonong dan Sunan Kudus. Semuanya akan siap pada tahun depan. Satu pameran khas akan diadakan," katanya.
Penulis lirik terbaik menerusi lagu Suci Dalam Debu pada Anugerah Juara Lagu 1990 ini berkata, dia juga kini sedang menyiapkan lukisan terpanjangnya iaitu sepanjang satu kilometer yang menjadi impiannya.
Amin yang mula melukis 1,001 wajah di seluruh dunia sejak 2004 itu akan menyudahkan baki sekitar 200 meter lukisan itu dalam waktu terdekat ini.
"Sepanjang menyiapkan lukisan itu, saya telah menggembara ke banyak negara seluruh dunia antaranya ke China, Mexico, Sri Lanka, Kemboja, Mesir, Greece, Turki, India dan United Kingdom.
"Sewaktu berada di London pada 2008 saya telah menyiapkan 20 meter lukisan itu yang memaparkan Sungai Thames. Sayangnya buat masa ini, projek itu seakan-akan terbengkalai.
"Setakat ini, tiada maklum balas daripada pihak Balai Seni Lukis Negara bagi membantu saya menyiapkan lukisan itu. Rasa kecewa juga. Saya terpaksa mencari dana sendiri untuk menyiapkannya kelak," harapnya.
Jika berjaya disiapkan, lukisannya itu akan dimasukkan ke dalam buku Malaysia Book of Records sebagai lukisan terpanjang di Malaysia yang memaparkan tempat-tempat menarik di dunia.
p/s: orang yang dalam gambar tu ialah S. Amin Shahab yang saya cerita pada post saya yang lepas yang bertajuk 'pandanglah dengan mata hati'. Dia ni jugak la penulis lirik lagu Sufi yang dinyanyikan kumpulan Damasutra tu. Ermmm....jangan ingat semua orang yang terlibat dalam industri muzik ni semuanya orang 'lalai', sebab ada jugak seorang dua yang berada dalam keadaan 'jaga'...
wallahu'alam.....

Monday, May 23, 2011
Dunia....
"dia tu kerja kat arab saudi ko tau x...engineer tu....aku dengar kerja jururawat kat sana pun gaji dah nak dekat 10 ribu....kalau kerja engineer tu, berapa puluh ribu tak tau....besar betul gaji dia kan...." cerita seorang teman dengan bersungguhnya....
Saya yang dengar perbualan tu naik menyampah dengar. Kalau gaji dia berjuta ringgit sekalipun, SO WHAT...???!!! Kenapa la diorang ni suka sangat pandang benda tu semua. Tak sedar ke semua benda yang dia cakap dan dia ingin-inginkan tu benda sementara...??? kalau ada duit berjuta ringgit sekalipun, seringgit pun awak tak boleh nak selit kat celah kain kapan awak tu untuk dibawa masuk ke dalam kubur nanti. Semua tu tak berguna langsung dah nanti bila ruh dah berpisah dari jasad. Yang berguna hanyalah amal baik yang awak buat kat atas muka dunia ni. Itupun kalau awak buat dengan ikhlas. Dan macammana awak tau yang amal awak tu ikhlas sedangkan ikhlas itu adalah rahsia tuhan. Dahlah amal baik yang kita buat tu sikit, tolak dengan amal yang tak ikhlas,agak-agak berapa kerat la amal baik yang mampu kita bawa untuk dipersembahkan kepada Tuhan Rabbul Izzati nanti. Tak campur lagi dengan dosa-dosa yang menggunung banyaknya. Agak-agak, ada berani ke kita nak bersua dengan pencipta kita dalam keadaan yang macam tu. Jenis muka yang tak tau malu je yang sanggup nak berjumpa dengan tuhan dia dalam keadaan camtu. Habistu, dah sedar amal baik awak tu sikit, amal buruk pulak banyak, masih ada hati lagi nak berlumba-lumba dan bermegah-megah dengan hal-hal dunia...???!!! memang jenis orang yang tak sedar diri... Sedarlah sungguh-sungguh wahai orang sekelilingku.
Saya cakap macamni bukannya nak suruh orang semua tinggalkan dunia. Tapi letakkan dunia pada tempatnya. Sepertimana kata Saidina Ali Karramallahu wajhah mengenai zuhud. "zuhud itu ialah meletakkan dunia di tangan, bukannya di hati." Kalau dunia tu diletakkan di tangan, dunia yang akan menjadi hamba kepada kita. Tapi kalau dunia tu diletakkan di hati, kita pulak yang akan menjadi hamba kepada dunia. Macammana kita nak tau yang kita ni letak dunia pada tempatnya iaitu di tangan...??? Kita tengokla pada alamatnya. Alamat orang yang meletakkan dunia di tangan ialah mereka langsung tidak hairan,tidak berhajat dan tidak kisah pun dengan kekayaan yang berada pada tangan orang lain. Bagi mereka, samada kaya atau miskin, taraf mereka tetap sama. Alamat yang lain, jika mereka mempunyai harta yang lebih, mereka tidak merasa berat hati untuk menafkahkan hartanya pada jalan ALLAH dan kepada fakir miskin kerana bagi mereka, orang lain ada hak terhadap harta mereka sedangkan mereka tiada hak terhadap harta orang lain.
Itulah serba sedikit daripada alamat-alamat orang yang meletakkan dunia di tangan mereka. Jadi, kejarlah dunia dengan bersungguh-sungguh,kemudian letakkanlah dunia tu di tangan kita supaya kita sendiri dan orang-orang sekeliling kita dapat manfaat daripada dunia yang kita miliki.
Saya tak suka bergaul dengan orang-orang yang membesarkan dunia lebih dari yang lain sebab dorang hanya rapat dengan kita masa kita senang. Bilamana kita susah dan perlukan bantuan, masing-masing cuba memberi alasan untuk menjauhkan diri daripada kita. Mujurlah sahabat baik saya tak berperangai camtu dan saya sangat menyanjungi dia.
"ih, aku masuk tanding ngapa quran ritu, buleh la no 2...huhu" cerita saya kat kawan baik saya
"uih,ganah doh tu taifur buleh tagho tu. pah mg buleh hadiah gapo...???" tanya kawan baik saya.
"buleh la huduh2 ih. dapat kain baju melayu,trofi nga pitih 4 ribu..." balas saya.
"ooo...bereh doh r tu..." balas dia balik.
Begitu relaks dan sempoi sekali bespren saya ni yang buatkan saya lagi sayang dan kasih kat dia. Langsung tiada nada kagum dan terkejut dengan hadiah yang saya dapat tu. Kalau orang lain bila dapat tau saya dapat hadiah macamtu, semua jadi mata bulat dengan mulut ternganga.
"4 ribu...??!!!, banyak tuuuu....!!! nanti bolehla kau belanja aku nanti eh. alah, makan nasi arab pun jadilah.."
"4 ribu...??!!! waaahhh..!!! bertuahnya kau....kalau camtu aku nak ngapal quran jugak la..."
Itulah kebanyakan reaksi yang saya dapat daripada kawan-kawan yang lain. Saya balas dengan tersengih-sengih macam kerang busuk. Dalam hati mengata la "apala korang ni, duit banyak tu pun nak wat kecoh. pahala yang banyak takde pulak kecoh-kecoh nak berebut dapat...hmmmhhh....letih...letih"
Tapi bespren saya tak camtu. Dia dengar 4 ribu tu macam 4 ringgit je. Takde pun amek kesempatan mintak suruh saya belanja, nak pinjam duit saya dan sebagainya. Sedangkan dia tu bukannya orang kaya pun. Duit belajar pun pinjam PTPTN. Dan terbaru, sambil ambik short sem, dia sempat kerja part time kat giant semata-mata taknak menyusahkan mak ayah dia. Hari-hari dia berjimat dalam perbelanjaannya. Tapi dia ni jugak bukannya orang susah pun. Cuma dia lebih suka cuba taknak bergantung dengan mak ayah dia. Orang macamni la yang berbaloi untuk saya belanja dia makan besar-besaran.
"ih,sempena rezki yang aku buleh ni, mung oyak jah nak makan mana, aku belanja...hehe..."
"aish...nk mkn mana eh...ak pn xtahu mana tempat-tempat hok sedap ni taifur...atah mung la nk bwk g mkn mana pun...aku makan jah...huhu..."
"aih...mung duk sini takkan tak tahu...??"
"ada la jugak 1 tempat tu sedap...tapi mahal taifur tempat tu...."
"takpo la...bukan kito makan selalu pun kat tempat mahal tu...mung jangan risau la...aku belanjo...hehe..."
"pah takpo la gitu...rezki jangan ditolak...huhu..." balas kawan saya sambil tersengih nakal.
Kitorang pun melantak la kat tempat tu sambil berborak panjang. Yela, dia belajar tempat lain, saya belajar tempat lain. Jarang-jarang je boleh jumpa. Tapi sekali jumpa tu memang payah la nak berpisah....:)
Kesimpulan yang saya nak sampai kat sini ialah, janganlah kita menganggap dunia adalah segala-galanya tapi ambiklah dunia seadanya.
Wallahua'lam.

Thursday, May 19, 2011
Serba salah....
Bila kita yang muda bergaul dengan mereka yang tua, macam-macam benda yang kita kena jaga. Tua di sini bukannya tua setahun dua atau lima tahun enam, tapi dekat 20-30 tahun lagi tua daripada kita. Dalam erti kata lain, kita bergaul dengan bapak-bapak dan atuk-atuk orang la. Apa benda yang nak kita kena jaganya ? Haaa...paling penting sekali ialah kita kena jaga hati mereka. Seperti yang kita sedia maklum, orang tua ni hati dia sensitif. Silap gaya atau salah kata,boleh mengguriskan hati mereka. Jadi, kita kena cuba la melakukan apa yang terdaya demi menjaga dan mengambil hati mereka ni. Hipokrit ke saya ni...???
Boleh la jugak dianggap macam tu sebab ada perkara yang kadang kala kita tak suka buat tapi terpaksa buat-buat suka buat semata-mata nak hiburkan hati 'kawan' kita ni. Tapi, dah nak buat macam mana, veteran style berbeza terus dengan teenagers style.
Nak cerita sikit camna style 'kawan' kita yang veteran ni. Ada la sorang pakcik ni saya kenal masa bulan ramadan lepas sebab bukak pose sekali kat masjid. Orang dah tegur kita, kita kena la layan dia. Jangan la berlagak sombong sangat. Atleast, hormat la sikit kat mereka yang berumur ni kan. Pastu, berlaku la sesi taaruf. aisey, macam dalam usrah la pulak...:) Pakcik tu pun amek la no tepon saya dan saya pun amek la no tepon dia. Bila je dah cuti panjang, saya pun balik la kat kampung halaman. Kebetulan pulak, pakcik ni ada kedai dekat ngn kampung halaman aku tu. Takde la dekat sangat pun, dalam 10 km jugak la. pakcik ni bisnesman. Nak kata kaya tu, kaya la jugak. Kereta berderet-deret, rumah berbiji-biji, isteri pun berorang-orang...:) bila pakcik ni sampai je kat besut dari kuala lumpur, dia terus text saya. "Pakcik dah ada kat besut ni. sampai pagi tadi.." ting tong..."habis tu kenapa..?" saya tanya balik. tapi tanya dalam hati je la. Teringat pesanan pakcik aritu masa kat KL dia kata, nanti kalau balik kampung tu, singgah la jalan-jalan kat kedai pakcik nanti. Saya masa tu mengiyakan je la tanpa banyak bicara. "agaknya pakcik ni nak ajak aku gi jalan kat kedai dia kot,tapi aku nak buat apa kat kedai dia tu.takkan aku nak pandang muka dia dan dia pandang muka aku.nak borak pun aku nak borak apa.nak borak pasal anak-anak,bini pun aku xde lagi.nak borak pasal keje,belajar pun xabes lagi.nak borak pasal bisnes dia,sepatah pun aku x reti.." Saya pun reply la balik mesej dia tu. "ooo...ok...pakcik tak pegi kedai ke rini...? rehat 1 hari eh.." dengan harapan dia akan jawab ya pakcik xpegi kedai.
"pakcik pegi kedai jap lagi.sekarang ni pakcik nak pegi jerteh jap"
dia reply dengan ayat pernyataan tanpa dicampurkan dengan ayat pelawaan untuk ke kedainya. pakcik ni nak suruh saya pegi kedai dia ke tak ni...? kalau ya, napa tak pelawa pun. kalau tak, napa ayat dia tu tergantung dan dia tak habiskan dengan salam je. "pakcik ni nak suruh aku tanya ni.."
"ooo..ok...pakcik nak saya pegi jalan kat kedai pakcik ke...? ke pakcik busy arini...?"
still berharap dia akan reply, "lain kali je la eh..pakcik ada hal sikit tak sempat nak jumpa..."
"pakcik xbusy pun...kalau dapat datang kat kedai pakcik pun bagus jugak..."
tak menjadi seperti apa yang diharapkan. nak tak nak lepas asar tu, saya pun berangkat la menziarahi kedai pakcik ni. sampai2, kedai dia penuh ngan orang pompuan. pastu pakcik ni ajak la minum kat luar. and then layan je la pakcik ni borak. nasib baik ada topik nak borak time tu. borak pasal anak dia. ada kat sejam la jugak borak. saya layan je sampai pakcik tu sendiri yang mengalah minta balik.:) baru tau penangan aku... kali ni takpe la ada topik. kalau dia ajak sekali lagi,taktau la benda apa yang nak diborakkan. Kesimpulannya, orang tua ni suka kalau dia ni dilayan lagi-lagi kalau layan borak walaupun kita sendiri tak berapa suka sangat nak borak tapi laayan je la demi kebahagiaan hati mereka...:)
wallahua'lam

Wednesday, May 18, 2011
Tenangnya
cuti panjang yang selama ini saya idam-idamkan akhirnya bertemu jua. duduk bertafakur di rumah, diam berkurung bermuhasabah di dalam bilik adalah hobi saya yang paling indah dan menarik. jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari hingar bingar manusia, jauh dari segala-galanya tetapi boleh mendekatkan kita kepada si DIA. ingin sekali menjadi orang yang DIA paling sayangi, tetapi banyak sekali dugaan yang datang menguji.
bak kata lirik lagu kumpulan damasutra...
Kesunyian itu terlalu indah walaupun pahit untuk menelan
walaupun pedih sanggup ku tahan dan ku relakannya
best sangat bila dapat menghayati isi tersiratnya. apa-apa pun, nikmatilah masa yang ada yang mana kita tak perlu sibuk berurusan dengan manusia yang akhirnya akan mengundang perasaan kecewa. tetapi, sibukkanlah diri kita dengan berurusan dengan DIA yang akhirnya akan memberi kita kebahagiaan hakiki yang tanpa kita pinta.

Saturday, March 5, 2011
pandanglah dengan mata hati...
Bismillah....
exam is just around the corner...hopefully everything will be ok....permudahkan lah aku Ya Rabbi...
tapi dek kerana dah letih ngadap notes, nak luangkan sikit masa nak share something interesting...
pada suatu malam, dalam pukul 10.30 camtu, tiba2 perut ni meragam minta nak diisi....petang tadi elok2 ade je...bese makan petang tapi ritu xrasa lapar lak petang tu jadi malas g makan....aleh2, malam tu pulak wat hal...
jadi, saya pun mula la keluar mencari rezki....huhu...kali ni nak ubah selera lak jadi g makan kat kedai yg lebih kurang 2km daripada umah....sampai tu terus order....orang lak memang ramai sebab kedai tu famous ngan nasi lemak ngan burger die yang sedap....pas order tu, lepak la sorang2 kat 1 meja luar skit drpd kedai tu....dalam 10 minit pastu sampai la makanan yang diidamkan...tengah duk syok2 menikmati hidangan tu,tiba2 datangla sorang brother yg xpernah tengok dan kenal pun datang tegur....
"nak duk sini boleh x...? malas r duk kat dalam...."
"eh, xpe...duduk la...."
sekali pandang, bro ni pakai sweater ngan suar jean....typical dress nowadays....
"sorang je ker...?" saya tanya bagi megurangkan canggung duk ngan orang yang xkenal....padahal mmg terang2 nampak die duk sorang....huhu...
"ha'ah sorang je"....
"abang keje ape..?" nampak die cam tua je drpd saya...
"musician..."
hmmm....biasala...orang KL.....desus ati saya...bila dgr je musician,terus dalam ati saya pikey mcm2....ye la...musician...mestila terkenal dgn sosialnya....dah taw cam2,saya pun malas la nak layan lebey2 sgt memandangkan ati ni xserasi ngan "watak" musician...
tapi dsebabkan bro tu jenis friendly gak, saya layan seadanya je laa...duk borak2, tiba2 topik perbualan makin lama makin tukar topik...daripada cerita tentang kerjaya die kepada cerite tentang kehidupan kita....makin lama borak ngn dia, bahasa2 yg dia gunakan makin lama makin berkias dan penuh makna....ringkas tetapi penuh isi makna tersirat....bia betul brother ni....takkan org camni pun ade 'perasaan' itu jugak....saya pun yang tadi jadi xminat mane nak borak, terus jadi curious nak tau pasal brother ni sebab die cakap topik yang saya minat sangat....jarang sangat2 boleh jumpa orang 'sensitif' macam bro ni.....
"xguna kite semayang kalau kite xkenal DIA...orang sekarang ni lebih sibuk mencari benda yang smentara sehingga diorang lupakan mencari benda yang HAKIKI..."
bile dengar camtu, mula meremang bulu roma saya....
"setiap yg berlaku kepada kita memang semuanya telah diaturkan....aku jumpa kau ni pun memang kite telah ditakdirkan....semua benda yg berlaku disekeliling kita ada alamat dan mesej yang ingin disampaikan...cuma kita saja yang xsedar kerana pancaindera kita yang lemah....hatta angin yang bertiup pun ada mesej tersendiri yang ingin diberitahu kepada kita....cuma hati yang sedar saja yang tahu apa mesejnya.... bagi mereka yang tahu, tahulah....tapi bagi mereka yang xtahu,angin hanyalah angin....."
"Bila rahmat tuhan dah jatuh kat kita,kita x mampu nak menolak dan hanya mampu menerimanya...bila sesuatu perkara yang pelik berlaku kat kita yang xberlaku kat orang biasa,kita akan jadi bingung kerana rahmat tuhan tidak bertepi...."
"jadi,jangan kau tengok dan nilai orang biasa tu biasa dari segi luarannya saja....sebab orang yg luar biasa tu lebih suka untuk kelihatan seperti orang biasa...."
pastu saya tanya kat bro ni...."bang tau x sape penulis lirik lagu sufi kumpulan damasutra...? saya dengar org tu dah mati,betul ke..?"
tiba2 abg tu pandang sekeliling jadi macam xtentu arah....pastu die gosok2 lengan die macam orang kesejukan...."nape ko tanya soalan tu...? meremang bulu roma aku dibuatnya...ko nak tau sangat ke...?" tanya balik abg tu mintak betul2 kepastian...."mestila saya nak tau bang.....saya nak tau sangat sapa org yg boleh wat lirik penuh isi tersirat macam tu..."
"nama org tu S. amin shahab...die hidup lagi...." perlahan sangat die sebut...macam berbisik je....hish...memang scary la abg ni....
"kalau kau nak tau,semua lirik yang die tulis semuanya ada makna tersirat....kebanyakan lagu damasutra die la yang tulis....macam lagu suci dalam debu n etc....cuma ramai org yg xperasan...."
"hish,xkan la kot...bukan banyak lagu cinta kepada kekasih perempuan ke bang lagu dorang tu...?"
"tak....cuba ko hayati betul2...ada mesej yang penulis lirik tu nak sampaikan..."
saya makin tambah xpercaya....sebab selama saya dengar lagu2 tu, lagu sufi je yang saya boleh tangkap mesej yg nak disampaikan...memang bukan calang2 orang betul s. amin shahab ni....
"tapi ko jangan terkejut lak tengok die...sebab ape yg ko sangka tak seperti apa yg dijangka...skang ni die rambut panjang....2 je la yg aku leh bagitau....tapi cam aku cakap, jangan judge org sesuka hati...."
panjang dan macam2 lagi benda yg kitorang borakkan....hampir kat 2jam setengah duk dengar kata2 dia....tapi kalau nak tulis sume xlarat laa...dan ada kata2 dia yg xboleh dikongsi secara terbuka kerana ia amat rahsia....dia cakap pun slow2 je macam berbisik sebab memang perkara itu 'sensitif'....bagi mereka yang faham,faham lah....tapi bagi yg xfaham, jangan salah faham....sebelum berpisah, saya sempat jugak amek no tepon abg ni ngan facebook die....bukan senang2 nak jumpa org camni....peluang nak kenal ngn org tu xkan saya lepaskan dan sebenar2 sahabat yang dicari ialah org macam dia yang mana apabila bergaul dengannya,membawa kita kepada mengingati tuhan...dan saya sekali-kali xkan lepaskan ikatan ukhuwah dengan abang ni....kesimpulannya....janganlah kita menilai orang dengan mata kepala kita, tapi nilai lah orang dengan mata hati kita....kalau kita xmampu nak nilai dengan mata hati kita, cukuplah dengan kita berbaik sangka kepada SEMUA ORANG....hatta kepada penjahat sekalipun kerana sekali rahmat ALLAH turun, yang jahat boleh jadi baik....dan sekali rahmat ALLAH diangkat, yang baik boleh jadi jahat....wanau'udzubillahimindzalik....sedangkan kita sendiri tak tahu bagaimana kesudahan kita nanti...nilai lah diri kita sebelum menilai diri orang lain.....
wallahua'lam.....

Tuesday, March 1, 2011
Perasaan....
Bila berseorangan, rasa seperti berteman...
Tapi bila berada di keramaian, mula la rasa kesunyian....
Bila tidak berhajat kepada segala sesuatu, rasa seperti jutawan....
Tapi bila inginkan sesuatu, mula la datang perasaan kemiskinan....
Bila bersama denganNYA, rasa seperti dunia ini kita yang punya....
Tapi bila berenggang denganNYA, mula la rasa dunia ini adalah segala-galanya....
Bila cuba berahsia denganNYA, rasa seperti diri diperhati....
Tapi bila cuba berkongsi dengan makhlukNYA, mula la rasa diri tidak lagi dipeduli...
Bila terlampau asyik denganNYA, hanya diam dapat menyampaikan rasa...
Tapi bila lalai daripadaNYA, mulut mula banyak bicara....
"Orang yang paling berani di antara kamu adalah orang yang paling takut kepadaKU..."
"Orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang paling merasa hina terhadapKU..."
"Orang yang paling kaya di antara kamu adalah orang yang paling merasa faqir kepadaKU..."
"Orang yang paling hebat di antara kamu adalah orang yang paling merasa lemah dihadapanKU..."

Subscribe to:
Posts (Atom)